BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 10 September 2011

SAMSING ATAU GENGSTER..(TAIKO COMPANY)

merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit. Kegiatan samseng telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekad 1920-an hingga 60-an.

Gengsterisme
Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewangan tingkah laku dan kerosakan akhlak.
Yakuza & Mafia

Yakuza (ヤクザ atau やくざ?) atau gokudō (極道?) ialah nama sindiket kumpulan jenayah terancang di Jepun. Pertubuhan sebegini juga disebut mafia Jepun, kerana ada persamaan dengan bentuk pertubuhan yang asalnya dari Itali tersebut.

Mafia, juga dikenali sebagai La Cosa Nostra (bahasa Itali: Urusan Kami), adalah panggilan kolektif untuk beberapa organisasi jenayah di Sicily dan Amerika Syarikat. Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah organisasi orang-orang di Sicily pada Zaman Pertengahan untuk tujuan perlindungan dan perlaksanaan undang-undang sendiri.
Kumpulan-kumpulan Mafia melebarkan sayap ke A.S. selepas berlakunya penghijrahan beramai-ramai rakyat Itali pada abad ke-20.
Pergerakan mafia bukan sahaja tertumpu di Itali malah Amerika Syarikat dimana migrasi penduduk di belah eropah ke Amerika yang telah membawa pengaruh mafia ker sana. Mereka banyak tertumpu dikawasan bandar dimana mereka mengutip duit perlindungan dan menjual dadah bagi menyokong dan mengukuhkan oraganisasi mereka.
Kekuatan Mafia mencapai kemuncaknya di AS pada pertengahan abad ke-20. Penyiasatan oleh FBI pada tahun 1970-an dan 1980-an berjaya mengurangkan pengaruh mereka.
Mafia tidak terhad di AS sahaja bahkan kumpulan Yakuza di Jepun juga dianggap sebagai kumpulan mafia oleh sesetengah orang.

0 ulasan: